International Women’s Day 2007: The Instinct for a Violence-Free World

March 6, 2007

7th March 2007

For nearly two decades, the efforts to highlight the issue of violence against women were initiated by various national and international women bodies. The World Conference on Human Rights in Vienna, 1992 and the International Conference on Population and Development in Cairo, 1994 and the Fourth World Conference on Women in Beijing, 1995, came to recognize women’s rights as human rights and prominently positioned the issue of violence against women on the world agenda.

The UN’s choice of the 2007 theme for the International Women’s Day articulates the critical issue that resides in almost all parts of the world. The theme: Ending Impunity for Violence against Women and Girls reflects the state that the world has come to – becoming an unsafe place for women and girls. Perhaps, it is carrying the negative perception too far, but the statistics seem to agree with the perception. In America, only 55% of students feel safe in schools. The incidence of violence against women; rape, domestic violence, sexual harassment and assault, women and girls trafficking, psychological abuse, forced labour are some of the various acts of violence against women and girls, has not dampened significantly. On the contrary, the violence has perpetuated and some of them provide lucrative returns to irresponsible criminals.

In Malaysia, 50% of married women have suffered domestic violence at some time of their married life. On average, 6 women are raped every day in the streets of Malaysia. Only 25% of rape cases are reported. The actual incidence is therefore higher. Prevalent impunity is the direct result of those violence acts mentioned.

Women are subjected to violence in a wide range of settings, including the family, the community, state custody, and armed conflict and its aftermath. Violence constitutes a continuum across the lifespan of women, from before birth to old age. It cuts across both the public and the private spheres. The most common form of violence experienced by women globally is intimate partner violence, sometimes leading to death. At the same time it is also reported that one out of three women throughout the world is likely to experience sexual assault during her lifetime, thus it will not be exaggerating to say that human society is in crisis.

Violence against women has far-reaching consequences for women, their children, and society as a whole. Women who experience violence suffer a range of health problems, and their ability to earn a living and to participate in public life is diminished. Their children are significantly more at risk of health problems, poor school performance and behavioural disturbances. Violence against women impoverishes women, their families, communities and nations. It lowers economic production, drains resources from public services and employers, and reduces human capital formation. While even the most comprehensive surveys to date underestimate the costs, they all show that the failure to address violence against women has serious economic consequences.

As noted in a major report issued by the UN Secretary-General, all forms of violence against women represent unacceptable violations of human rights and together they form a major impediment to gender equality.

States have concrete and clear obligations to address violence against women, whether committed by state agents or by non-state actors. States are accountable to women themselves, to all their citizens and to the international community. States have a duty to prevent acts of violence against women; to investigate such acts when they occur and prosecute and punish perpetrators; and to provide redress and relief to the victims.
While differing circumstances and constraints require different types of action to be taken by the State, they do not excuse State inaction. Yet States worldwide are failing to implement in full the international standards on violence against women.
When the State fails to hold the perpetrators of violence accountable, it not only encourages further abuses, it also gives the message that male violence against women is acceptable or normal. The result of such impunity is not only denial of justice to the individual victims/survivors, but also persists as reinforcement of prevailing inequalities that affect other women and girls, too.

A violence-free world is not a mere dream. It is a precondition to a great human civilization on this earth.

Sisters of the world, let us rise up in solidarity in “Ending Impunity for Violence Against Women and Girls.” May this day bring us closer to the objectives of our struggle toward a violence-free world.

Happy International Women’s Day!

HJH FUZIAH SALLEH
WOMEN CHIEF, PARTI KEADILAN RAKYAT


Ucapan Dasar Kongres Nasional Wanita keADILan

November 5, 2006

HJH FUZIAH SALLEH
KETUA WANITA KEADILAN PUSAT

SRIKANDI: MEMIMPIN PERUBAHAN

KONGRES NASIONAL WANITA 2006
HOTEL EQUATORIAL
PULAU PINANG
1 September 2006

KATA ALUAN

Saudari Pengerusi Tetap
Wakil-Wakil Majlis Pimpinan Tertinggi
Saudari Timbalan Ketua Wanita Pusat, dan Naib-Naib Ketua Wanita Pusat
Saudari Pemangku Setiausaha Wanita Pusat dan Penolong-Penolong Setiausaha
Saudari Bendahari Wanita Pusat dan Ketua Penerangan Wanita Pusat,
Seluruh EXCO Wanita Pusat dan Ketua- Ketua Wanita Negeri
Pimpinan dan Wakil Wanita BA dan NGO
Para Diplomat dan Dif-Dif Jemputan
Para Perwakilan dan Para Pemerhati yang di Hormati Sekelian

UCAPAN DASAR
KONGRES NASIONAL WANITA

 

OLEH:
KETUA WANITA PUSAT
PARTI KEADILAN RAKYAT

 

SRIKANDI: MEMIMPIN PERUBAHAN

Assalamualaikum WarahmatulLahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan !

Para perwakilan, para pemerhati serta para tetamu yang diraikan sekelian;
AlhamdulilLah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT dimana dengan rahmah dan inayahNya kita semua dapat berhimpun dan bersidang dalam dewan yang indah di pagi yang ceria ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran saudara saudari semua keKongres Nasional Wanita, Parti Keadilan Rakyat tahun 2006 serta juga mengucapkan terima kasih diatas masa yang diluangkan oleh semua yang hadir disini pada hari ini. Kehadiran saudara saudari disini membuktikan kesediaan dan kerelaan saudari untuk meluangkan sedikit waktu, meninggalkan segala himpitan dan tanggungjawab kehidupan harian semata-mata untuk memberikan tumpuan selama beberapa hari demi perjuangan yang sukar dalam membela nasib rakyat dan menegakkan kebenaran ini. Ucapan Syabas dari saya untuk para pejuang penegak keadilan sekelian.!

Kita bersidang sekali lagi pada hari ini sebagai satu tanda muhasabah utama setelah kita melalui separuh dari sesi kerja selepas pemilihan dalaman parti pada penghujung tahun 2004 semasa Kongres di Ipoh . Kongres kali ini juga merupakan forum yang terbaik bagi kita menilai pencapaian serta keberkesanan gusaha erak kerja kita dalam masa setahun semenjak Kongres di Istana Hotel Disember tahun 2005 lalu. Telah banyak bidang yang kita terokai dan telah banyak waktu yang kita penuhi, begitu juga tidak terkira sumber-sumber lain yang telah kita laburkan serta korbankan didalam perjuangan ini semata-mata demi menegakkan prinsip murni yang kita dokongi.

Wajarlah pula pada hari ini kita nilai dan kita perbaiki perkara yang kita rasakan harus diperbaiki, supaya apa yang kita sumbangkan sebelum ini memberikan keberkesanan yang terbaik dan tidak sia-sia begitu sahaja. Secara peribadi, saya perakui bahawa gerak kerja kita belum berada ditahap maksimum dan banyak lagi ruang yang perlu di perbaiki. Begitu juga buat diri saya sendiri dimana saya juga yakini masih ada banyak ruang untuk saya memperbaiki dan memberikan yang lebih baik untuk parti dan perjuangan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak kita bersama-sama menanam tekad untuk memperbaiki gerak kerja kita dan menggunakan sebaik-baiknya waktu 12 bulan kehadapan ini buat kita menyiapkan segala keperluan demi untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum yang ke 12 nanti.

DUNIA YANG TIDAK AMAN DAN TIDAK SELAMAT

Sidang perwakilan serta pemerhati yang dihormati,
Disana sini kita lihat peperangan berlaku, di mana pada tahun lalu, Iraq telah diserang, manakala Palestin pula diasak dan diserang secara berterusan walaupun setelah Hamas mengambil alih kuasa melalui proses demokrasi dan pilihanraya yang sah. Dan kini pula gencatan senjata baru sahaja diumumkan setelah lebih satu bulan tentera Zionist menceroboh sebelah selatan Negara Lubnan yang dipertahankan oleh tentera Hizbullah. Tentera Zionist menghancurkan bangunan serta membunuh rakyat yang tidak berdosa yang terdiri kebanyakannya daripada wanita dan kanak-kanak dengan menggunakan peluru berpandu dan peralatan perang yang serba canggih.

Di tempat lain mata dunia juga telah menyaksikan pengeboman tempat-tempat strategik dan penting yang telah mengorbankan bilangan manusia yang ramai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.

Kita saksikan juga, berlakunya gempa bumi yang mampu memusnahkan tanaman serta haiwan dan juga ribuan manusia secara hidup-hidup. Dimasa yang sama bencana banjir dan tsunami merupakan fenomena yang kita lihat berlaku di banyak tempat tidak mengira samada negara maju atau dunia ketiga malah kita hadapinya di negara kita sendiri. Semua ini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan manusia.

Ada bencana yang semula jadi dan diluar jangkaan serta kawalan manusia. Sementara itu ada juga bencana seperti perang yang merupakan hasil buatan dan tindakan kerakusan manusia sendiri.

POLITIK DALAM NEGARA

Perperangan di Lubnan mungkin membawa berita kematian yang mendukacitakan saban hari, akan tetapi perang dingin dalam negara sendiri yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad tidak pula kurang sengitnya. Kini Tun Mahathir telah pun mengeluarkan kenyataan secara terang terangan yang menuntut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya selaku Perdana Menteri. Tun Mahathir juga telah berjaya meninggalkan Khairy Jamaluddin, iaitu menantu kepada Perdana Menteri yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda UMNO dengan calar balar politik yang agak parah. Sementara kemelut ini berterusan, timbul pula pelbagai pihak yang mengambil kesempatan, untuk kepentingan agenda politik peribadi dan kumpulan mereka.

KEMELUT EKONOMI YANG MERUDUM: RANCANGAN MALAYSIA KE 9 DAN DASAR EKONOMI BARU

Saudari Sidang Perwakilan dan Pemerhati yang di Hormati,
Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9) yang bertemakan ‘Membina Tamadun Menjulang Martabat Negara’ telah pun di bentangkan oleh Perdana Menteri. Apabila dokumen RMK-9 dibentang jelas sekali cabaran yang dihadapi pemerintah bukan tentang bagaimana peruntukan RMK-9 mahu diagihkan dan kepada siapa harus diberikan. Cabaran utama ialah bagaimana perlaksanaannya mahu dilakukan kerajaan bagi mencapai matlamat dan sasaran. Janganlah hendaknya dokumen RMK-9 di jadikan sebagai janji baru setelah RMK-8 gagal mencapai sasaran 30%.

Suatu perkara yang amat menggusarkan adalah perlanjutan jangkamasa Dasar Ekonomi Baru (DEB)/ Dasar Pembangunan Negara sehingga 2020. Dasar yang dirangka pada tahun 70-an ini masih terus digunapakai tanpa sebarang penilaian serius tentang keberkesanan dan kemampuannya untuk mencapai matlamat umumnya iaitu untuk membolehkan bumiputera memiliki 30% ekuiti korporat didalam negara.

Mengapakah pihak Kerajaan Barisan Nasional beria-ria sungguh untuk mempertahankan dasar ekonomi ini sedangkan kepincangan dalam pelaksanaan polisi inilah diantara punca dan penyebab kepada ketidak seimbangan ekonomi diantara kaum di Malaysia. Sudah 35 tahun kita bergelut dengan perbezaan jurang pendapatan antara kaum. Hal yang lebih dikesalkan ialah setelah begitu lama kita diyakinkan bahawa DEB adalah untuk membasmi kemiskinan, jumlah rakyat miskin masih pada tahap yang merunsingkan. Kita sangkakan DEB telah dapat mengatasi jurang tersebut. Pembentangan dokumen RMK-9 sebaliknya telah mendedahkan bahawa kepincangan negara zaman awal tahun 70’an masih membelenggu dan memerlukan jangka waktu yang panjang untuk ditangani.

Malangnya, bukan sahaja jurang antara kaum gagal diatasi, wujud pula jurang lebar antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Dikalangan kaum bumiputera pula ketara sekali perbedaan diantara kelompok yang mendapat keistimewaan pemerintah dengan kelompok majoriti yang hanya mampu menjadi pemerhati. Menurut kajian Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu ( UNDP ) ternyata Malaysia berada pada tahap yang paling buruk di Asia Timur. Hal ini lebih ketara jika ditinjau keadaan di Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu dan beberapa daerah di Kedah, Pahang dan Perak.

Kenaikan harga minyak yang melambung tinggi, begitu juga dengan kenaikan tariff elektrik dan air semuanya meninggalkan kesan beban ekonomi ke atas setiap individu dan seterusnya dalam rumahtangga. Wanita suri rumah yang mengurus perbelanjaan rumah, adalah golongan yang paling banyak terkesan dengan keadaan ini kerana dengan tiada penambahan kepada wang belanja dapur, manakan daya seorang suri rumah dapat menampung kenaikan harga barang-barang harian yang terhasil dari kenaikan harga minyak tadi.

Kerajaan harus mentadbir negara dengan meletakkan kepentingan rakyat pada tempat yang paling utama setiap kali membuat dasar dan keputusan penting negara. Sikap kepedulian kepada nasib rakyat terutama dari golongan berpendapatan rendah pastinya dapat mengelakkan negara dari menghadapi tekanan ketidaktentuan. Keputusan kerajaan menaikkan harga petrol amat dikesali. Alasan yang diberikan bahawa jumlah subsidi bernilai 4.4 billion tersebut akan disalurkan pada pembangunan peningkatan perkhidmatan awam merupakan satu alasan dangkal dan bersifat diskriminasi.

Mana mungkin kerajaan menarik balik subsidi petrol bagi rakyat luar bandar dan pedalaman dan menggunakan wang tersebut untuk membina monorel, jambatan bertingkat dan lain-lain pengangkutan canggih bagi kegunaan warga kota metropolitan dan bandaraya. Tidakkah kerajaan merasakan bahawa ia telah bertindak zalim pada rakyat di Sabah dan Sarawak yang tidak pernah terfikir menggunakan perkhidmatan monorel sedangkan subsidi minyak juga telah ditarik ke atas mereka. Sikap kerajaan yang tidak meletakkan kepedulian kepada nasib rakyat inilah yang akan menggagalkan sebarang usaha untuk merapatkan jurang antara kaum dan juga jurang antara bandar dan pedalaman.

AGENDA EKONOMI BARU

Pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, saling hormat menghormati diantara satu sama lain dan komited untuk mempertahankan kedaulatan negara merupakan objektif rancangan pembangunan sosioekonomi.

Agenda ekonomi baru (New Economic Agenda) yang dipelopori oleh parti KeADILan sudah menunjukkan tanda-tanda mendapat sokongan ramai. Agenda yang menganalisa kepincangan ekonomi negara kini dan kemudian mengenengahkan satu formula mengatasinya secara adil dan saksama, berdasarkan keperluan individu dan tidak berdasarkan kuota kaum semata kini dilihat sebagai satu agenda ekonomi baru yang progresif serta adil.

Agenda Ekonomi Baru yang saksama adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:

• Membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum – berpaksikan kepada keperluan bukannya keturunan.
• Membekalkan kaum Bumiputera dengan kemahiran dan peralatan untuk bersaing dengan kaum lain serta memupuk semangat kerja keras dan hemat berbelanja tanpa penggantungan pada mana-mana pihak termasuklah polisi-polisi kerajaan dan kerajaan pula tidak melindungi mereka dari menghadapi persaingan.
• Mewujudkan sebuah kerajaan yang benar-benar telus dan berani ditegur dan diperbetulkan dengan memberi kebebasan kepada badan-badan seperti BPR, Badan Kehakiman dan badan-badan penguatkuasaan dengan penyeliaan yang secukupnya untuk mereka melakukan tugas.
• Mengamalkan sikap kepedulian sosial dengan pembangunan mapan dan mesra alam.

Prinsip-prinsip di atas sekiranya digabungkan dengan landasan pengurusan kerajaan yang cekap, beramanah dan penuh pertanggungjawaban serta amalan yang mengutamakan kepedulian terhadap nasib rakyat, maka usaha untuk membina sebuah bangsa yang bertamadun akan mencapai kejayaan. Akhirnya martabat negara pasti terjulang dan lahirlah Malaysia yang aman dengan jiwanya sendiri dan dikagumi dunia.

HUBUNGAN ANTARA KAUM YANG AMAT SENSITIF HASIL DARIPADA POLITIK PECAH DAN PERINTAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Dokumen RMK-9 juga mendedahkan bahawa polarisasi diantara kaum masih kekal di peringkat sekolah, universiti dan tempat pekerjaan. Apa yang dipaparkan seolah-olah segala usaha dan program integrasi kaum telah gagal mencapai sasaran dan matlamat walaupun ratusan juta telah dicurahkan ke arah itu.

Kini rata-rata wujud kalangan warga Malaysia yang amat tebal sifat perkaumannya. Hubungan antara kaum yang tidak harmoni, atau lebih tepat, kurang interaksi dikalangan mereka yang daripada latar belakang etnik yang berbeza, berlaku dalam masyarakat Malaysia ini.

Dipercayai juga perbezaan dalam cara membesarkan anak-anak, budaya dan cara berfikir, telah menyumbang kepada faktor kurang saling faham-memahami dan jurang antara kaum yang melebar ini. Bagi mengeratkan perhubungan antara kaum, pertamanya kita perlu mengiktiraf hak yang saksama keatas berbagai kaum dalam negara ini dan menghormati hak kemanusiaan, hak mengamalkan bahasa ibunda, budaya, agama dan juga untuk berpolitik bagi setiap kaum. Namun, integrasi kaum tidak akan tercapai jika ia dilaksanakan semata-mata kerana hanya mahu memecah kebekuan, akan tetapi kerajaan kelihatan masih tidak mampu mengamalkan dasar kesaksamaan ini dalam pentadbiran.

Apa yang wujud sekarang hanyalah merupakan toleransi kaum sahaja. Hormat menghormati dihadapan sahaja akan tetapi dibelakang ianya berlainan. Budaya ini dipelopori dan menjadi amalan menyeluruh di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional. Akan tetapi apa yang negara perlukan untuk mengurangkan polarisasi kaum adalah integrasi kaum dalam erti kata yang sebenarnya. Hanya keADILan merupakan wadah yang dapat menawarkan integrasi yang kita inginkan itu, kerana di dalam parti ini wujud perkongsian kuasa dalam ertikata yang sebenar. Dalam proses membuat keputusan dan menentukan dasar pula, segala perspektif dapat diambil kira dengan penyertaan langsung kesemua kumpulan yang mewakili kepentingan semua kaum. Faktor ini merupakan pemudah cara dalam pelaksanaan integrasi sebenar yang kita war-warkan.

WANITA MALAYSIA DAN PERMASALAHAN

Sidang Perwakilan dan Pemerhati yang di Hormati Sekelian,
Persekitaran Sosial yang Semakin Membimbangkan
Kita kini berhadapan dengan satu persekitaran sosial yang amat gawat dan sekiranya tidak ditangani dengan baik boleh menjejaskan profil penduduk negara dimasa hadapan.
Masalah penagihan dadah kian meningkat; di mana satu kajian terkini melaporkan bahawa terdapat satu juta penagih dadah di seluruh Malaysia. Menurut Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri, “masalah dadah merupakan gejala yang mengancam keselamatan negara. Dadah juga merupakan punca kepada pelbagai kegiatan jenayah dan maksiat. Ia boleh membawa kepada pergaduhan, kekacauan, keruntuhan moral dan mewujudkan beraneka angkara dalam rumahtangga, masyarakat dan negara. Penagih dadah merupakan beban kepada masyarakat dan negara. Pengedar-pengedar dadah pula merupakan musuh Negara yang perlu dihapuskan.”

Kadar Peningkatan Kes Penagihan Dadah pula ditahap yang amat-amat membimbangkan dimana sepanjang suku pertama tahun ini (Jan-Mac 2006), seramai 7,001 orang penagih dadah telah dikesan.Mereka terdiri daripada 2,933 orang (41.89%) penagih baru dan 4,068 orang (58.11%) penagih berulang. Keseluruhannya berlaku peningkatan sebanyak 1.32% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu (6,910 orang)

Yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila Timbalan Ketua Polis Negara pula membuat kenyataan bahawa pihak polis tidak lagi mampu untuk mengendalikan masalah penagihan dadah di negara ini.

Peningkatan Kes HIV dikalangan wanita dan kanak-kanak.
Malaysian AIDS Council pula melaporkan tentang statistik wanita yang dijangkiti HIV/AIDS telah melonjak tinggi ke paras 7 % pada tahun 2004 berbanding dengan 0.9% pada tahun 1994.. Di mana diantara 1986 dan Jun 2005, seramai 4,841 wanita telah di sahkan dijangkiti HIV/AIDS dan Kementerian Kesihatan telah menganggarkan bahawa 300,000 rakyat Malaysia akan dijangkiti HIV/AIDS dalam jangkamasa 10 tahun kehadapan ini jika usaha-usaha masakini gagal menbendung penyakit tersebut.
Kebanyakan wanita yang dilaporkan dijangkiti HIV/AIDS merupakan kalangan suri rumahtangga. Statistik itu sangat membimbangkan dan bertentangan dengan persepsi umum bahawa pekerja seks wanita adalah penyumbang terbanyak kepada statistik jangkitan HIV/AIDS. Hasil kajian ini membawa implikasi bahawa wanita sebagai isteri dan anak meanggung risiko yang tinggi dijangkiti HIV/AIDS. Pertambahan kepada bilangan wanita yang akan dijangkiti menjadi suatu kepastian dari masa kesemasa kerana wujudnya pertambahan kepada bilangan penagih dadah yang lazimnya aktif dalam perhubungan seks.

Keganasan wujud di mana-mana
Walaupun tidak ada jumlah kematian yang pasti tetapi angka kematian dalam tahanan pihak berkuasa amat membimbangkan dan berada pada tahap berbahaya. Pihak Parlimen telah dimaklumkan bahawa antara Januari hingga September 2002, terdapat 18 kematian dalam tahanan polis.

Salah seorang tahanan, Mohd. Anuar Sharip telah ditahan oleh polis pada Ogos 1999. Lapan hari selepas itu, beliau didapati mati, laporan bedah siasat mendapati banyak luka dan kecedaraan di bahagian leher, dada, perut dan belakang. Terdapat kesan lebam di bahagian perut serasi seperti ditendang dan ditumbuk.

Seorang lagi mangsa penderaan polis semasa dalam tahanan sehingga membawa maut iaitu Francis Udayapan. Francis yang telah diminta ke balai polis untuk barisan mengecam, telah kemudiannya ditahan. Semasa dalam tahanan polis, pihak polis mendakwa Francis cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai. Apabila mayatnya dijumpai, keluarganya tidak dibenarkan membawa pulang mayat Francis untuk dikebumikan. Mayat Francis telah disimpan di bilik mayat selama dua tahun, dan selepas ibunya bersusah payah berjuang untuk mendapatkan kebenaran mahkamah untuk membawa mayat anaknya pulang, yang tinggal hanyalah longgokan tulang dan isi yang sudah reput. Alangkah sedih dan pilunya keluarga yang melihatkan keadaan tersebut.

Pada hari ini Pn Sara Lily ibu kepada mendiang Francis Udayan sudah pun menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat kerana beliau meyakini parti inilah yang tetap berdiri teguh di belakang beliau semasa beliau melalui kesusahan dan prosedur mahkamah untuk mendapatkan hak keatas mayat anaknya. Kita alu-alukan kehadiran Pn Sara Lily kedalam parti dan semoga hasratnya untuk berjuang demi supaya ibu-ibu lain tidak melalui apa yang beliau telah lalui dapat terlaksana melalui parti ini.

Keganasan Terhadap Wanita pula semakin menjadi dan berlaku dengan tidak mengambil kira tempat, termasuk di tempat awam seperti kompleks membeli belah. Kita sudah tidak lagi selamat di dalam persekitaran yang seharusnya mesra wanita dan mesra keluarga.

Lihat saja kes mangsa ragut terbaru, Ng Chiew Lim, 25 tahun yang menjadi mangsa ragut di Kompleks Berjaya Megamall, Kuantan Pahang pada 6hb Ogos 2006. Beliau meninggal dunia akhirnya setelah tidak sedarkan diri selama 16 jam. Kejadian-kejadian ragut juga biasa berlaku di The Mall, Jalan Putra, Central Market, Plaza Kota Raya, Sogo dan Komplex Pertama di pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Apakah erti pembangunan sekiranya ia membawa padah buruk dan derita kepada masyarakat?

Selain itu, kisah-kisah benar magsa rogol dan bunuh menambah rasa tidak selamat dikalangan wanita. Mangsa-mangsa seperti Canny Ong, Nurul Huda Abd Ghani, Nor Suzaily Mukhtar, adik Audrey Melissa (pelajar tingkatan lima) dan adik Nor Idayu (16 tahun) menjadi alamat atau tanda-tanda melaksanakan usaha-usaha agresif yang lebih berkesan dalam menangani permasalahan keselamatan rakyat dan rasa takut mereka walaupun di tempat-tempat awam dan terbuka.

Keganasan Rumahtangga
Gejala ini terus menjadi permasalahan di kalangan wanita. Kes-kes yang dilaporkan pada tahun 2004 berjumlah 3101 kes berbanding 2555 kes dalam tahun 2003. Walaupun Akta Keganasan Rumahtangga 1994 telah lama berkuatkuasa, ia belum lagi bejaya mengurangkan insiden-insiden keganasan rumahtangga rumahtangga. Baru-baru ini isu keganasan seks (spousal rape) dalam rumahtangga ditimbulkan, sehingga melibatkan pindaan kepada undang-undang berkaitan rogol (kanun keseksaan Seksyen 375A, 376A dan 377CA). Keganasan rumahtangga adalah manifestasi dominasi ke atas mereka yang lemah. Ia merupakan kezaliman yang wajar dibenteras. Tetapi kewujudan undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk menangani permasalahan ini. Matlamat mengurangkan insiden keganasan rumahtangga, jauh lagi dari matlamat membenteras, menemui kegagalan. Ianya berpunca daripada pegawai-pegawai pengendali kes yang tidak kompeten dan tidak sensitif terhadap mangsa serta kurangnya usaha-usaha untuk membantu pelaku keganasan rumahtangga, yang lazimnya lelaki. Rumahtangga sewajarnya adalah tempat perlindungan wanita, tetapi bagi sebahagian wanita ia merupakan kesengsaran yang menyakiti fizikal, emosi dan jiwa mereka.

Perdagangan Wanita
Para Hadirin Perwakilan dan Pemerhati yang diraikan,
Tidak setakat wanita Malaysia diasak dan diselubungi permasalahan yang telah disebutkan, ada lagi ancaman kepada kesejahteraan wanita yang datangnya daripada ekonomi tidak halal, iaitu perdagangan tubuh badan wanita ( trafficking of women and young girls). Sebahagian wanita akan diperdaya untuk meninggalkan kampung halaman mereka untuk bekerja di luar negara. Pada hakikatnya, ramai di antara mereka yang dipaksa, di ugut dan diperangkap dengan hutang sehingga mereka terpaksa menjadi hamba kepada industri seks dan pelacuran.
Malaysia merupakan destinasi dan sedikit sebanyak menjadi negara sumber dan juga negara transit bagi lelaki dan wanita yang diperdagangkan bagi tujuan eksploitasi seks dan buruh paksa. Seramai beberapa ribu wanita dari Thailand, Indonesia, Republik China, Cambodia dan Burma diperdagangkan ke Malaysia bagi tujuan eksploitasi seksual secara. Wanita Malaysia juga (ramai dari kalangan wanita tionghua) telah dilaporkan diperdagangkan ke Eropah Barat, Amerika Utara, Australia, Jepun, Singapura dan Taiwan. Disebabkan lokasi geografinya, Malaysia dengan mudah menjadi pusat transit yang ideal bagi aktiviti-aktiviti perdagangan manusia. Kini Malaysia sedang berdepan dengan keperluan membanteras perdagangan manusia yang menjangkau sempadan.
Permintaan terhadap aktiviti seks haram ini amatlah lumayan, dimana sesebuah syarikat yang berurus niaga tubuh manusia ini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta didalam masa satu malam sahaja. Perdagangan wanita adalah satu industri yang dijalankan secara bersindiket dengan jaringan global yang tersusun. Kegiatan ini meraih keuntungan ketiga terbesar di dunia selepas kegiatan penjualan dadah dan senjata api. Walaupun kita benci dan ngeri mendengar fakta ini, aktiviti urusniaga perdagangan wanita kini terus kukuh di Malaysia dek kerana amalan rasuah yang berleluasa di kalangan mereka yang diharapkan untuk menjaga keselamatan dan kepentingan rakyat.

Dengan makmurnya perdagangan wanita yang bertujuan memenuhi permintaan kegiatan seks tidak halal di negara ini juga akan mengakibatkan risiko rakyat dijangkiti HIV/AIDS. Sekali lagi wanita dan anak-anak yang tidak berdosa akan menanggung bebanan risiko penyakit tersebut. Ia meruntuhkan keharmonian rumahtangga, bahkan sistem kekeluargaan itu sendiri. Kerajaan pula akan terpaksa dibebani dengan kos-kos yang berkaitan dengan pembendungan penyakit HIV/AIDS.

Agensi-agensi kerajaan kini telah hampir berputus asa dalam menangani segala permasalahan yang disebutkan. Mereka semakin ketandusan idea dan cara untuk membenterasnya. Pada masa yang sama rasuah dan penyalahgunaan kuasa berleluasa. Dua faktor ini menjadi antara punca utama gejala-gejala tersebut tetap bertapak dan terus meningkat.

Dalam menangani permasalahan perdagangan wanita, ada beberapa perkara yang perlu di lakukan oleh pihak berkuasa;
1. Perlu diwujudkan undang-undang anti perdagangan manusia yang dapat membezakan di antara pendatang yang dipaksa datang dan mereka yang tiada dokumen perjalanan masuk ke Malaysia.
2. Mempermudahkan cara dan prosedur bagi wanita yang menjadi mangsa untuk membuat laporan serta diberi hak untuk rawatan dan bimbingan kaunseling. Mereka juga perlu perlindungan dan perlu ditempatkan di tempat yang selamat daripada bapa-bapa ayam.
3. Kerajaan semestinya menunjukkan kesungguhan dalam menangani punca berlakunya permasalahan-permasalahan yang diutarakan, dengan mengotakan janji untuk menghapuskan rasuah pada akar umbinya. Rasuah mengukuhkan segala gejala yang tidak sihat dan mengancam kesejahteraan rakyat.
4. Kerajaan mesti melihat permasalahan bukan pada orientasi keuntungan ringgit dan material tetapi kesejahteraan rakyat. Apakah untuk meraih keuntungan dalam bidang industri pelancongan kerajaan akan menutup mata atau acuh tak acuh terhadap kewujudan industri seks bebas di pusat-pusat tarikan pelancung?

PERUBAHAN MEMERLUKAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI (Transformational Leadership)

Sidang Hadirin Teman Perjuangan Sekelian,
Maka amat jelas sekali terlalu banyak kepincangan di dalam pentadbiran Negara yang secara langsung membawa kepada permasalahan dalam kehidupan rakyat biasa. Jelas juga bahawa terlalu banyak yang perlu diperbetulkan dan diperbaiki yang tidak mungkin pula mampu diperbaiki dari dalam Barisan Nasional itu sendiri.

Perubahan dan REFORMASI yang kita inginkan merupakan satu agenda besar di dalam perjuangan kita. Ianya menuntut kita berganjak dari budaya politik lama kepada budaya politik baru. Sudah sekian lama kita bercakap tentang politik baru akan tetapi sehingga kini belum ada lagi dokumentasi yang menterjemahkan prinsip politik baru tersebut kepada implikasi dalam tindakan dan tingkahlaku. Malah, semakin banyak berfikir dan bercakap tentangnya semakin sukar pula bagi kita untuk menggariskan pelaksanaannya, kerana pelbagai interpretasi akan timbul yang mewakili pelbagai perspektif kefahaman dan latarbelakang. Akan tetapi yang nyata dan jelas, ianya harus berganjak dari hegemoni politik amalan Barisan Nasional dan sekutunya.

Matlamat REFORMASI yang kita cita-citakan akan dipermudahkan pencapaiannya sekiranya kita dapat menawarkan satu bentuk kepimpinan baru; kepimpinan kearah perubahan, atau kepimpinan TRANSFORMASI (transformational leadership) .

Rakan seperjuangan yang dikasihi sekelian,
Apakah perbezaan ataupun persamaan sekiranya ada, diantara kedua-dua perkataan ini? REFORMASI dari segi definisi membawa maksud satu perbuatan atau tindakan kearah pembaharuan / pembaikan yang kita inginkan. Ianya merujuk kepada satu keadaan baru di mana berlaku pembaharuan dan keadaan dimana telah diperbaiki segala kepincangan atau kesilapan. Ia melibatkan tindakan pembetulan (corrective actions). Manakala perkataan TRANSFORMASI secara definisinya juga mencerminkan satu perbuatan atau tindakan melaksanakan perubahan. Akan tetapi perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan yang ketara atau drastik. Contohnya transformasi daripada berudu menjadi katak.

Bukan tujuannya di sini untuk membahas perbezaan di antara kedua perkataan REFORMASI atau TRANSFORMASI kerana keduanya membawa erti perubahan walaupun ditahap yang berbeza. Saya lebih ingin menjurus kepada penggunaan perkataan TRANSFORMASI di dalam konteks stail kepimpinan yang kita perlukan demi mencapai hasrat dan matlamat REFORMASI.

Kepimpinan transformasi merupakan stail kepimpinan yang popular dewasa ini dan ianya amat sesuai diaplikasikan di dalam arena politik terutamanya untuk membawa kepada matlamat perjuangan sesebuah parti politik yang mempunyai idealisme perjuangan yang besar dan hebat serta sarat dengan prinsip seperti Parti keADILan Rakyat yang kita dokongi ini.

MEMIMPIN PERUBAHAN

Teman-teman seperjuangan yang dirahmati sekelian,
Apabila seseorang individu mengalami sesuatu perubahan, keadaan itu meninggalkan kesan yang cukup tidak selesa buat dirinya. Boleh dijangkakan juga bahawa agen-agen perubahan dalam parti akan mengalami sesuatu tekanan apabila dia mula mengorak langkah membawa agenda perubahan ke dalam masyarakat kerana lazimnya sifat manusia ialah untuk menentang perubahan, kerana apa jua bentuk perubahan akan mencabar manusia tersebut keluar dari zon selesa mereka. Namun bagi seseorang yang diberikan amanah untuk memimpin perubahan pula, sudah tentu sekali cabaran yang dialaminya lebih hebat lagi, kerana individu tersebut perlu menongkah arus membawa agenda yang baru yang sukar difahami umum.

Keadaan ini, saya akui bukan merupakan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Tetapi bukankah matlamat perjuangan kita terlalu besar dan terlalu agung? Cita-cita kita untuk melihat perubahan pula terlalu menebal dihati sanubari. Maka selaras dengan hasrat dan cita-cita tersebut, perlulah juga wujud satu bentuk kepimpinan yang wajar diiktiraf oleh seluruh pendokong agenda Reformasi. Bentuk kepimpinan yang kita tawarkan untuk memimpin perubahan mestilah juga mendapat kepercayaan daripada rakyat yang sentiasa kritikal didalam menilai kewibawaan serta keupayaan kita

Izinkan saya tegaskan disini bahawa untuk memimpin perubahan dan seterusnya mencapai hasrat REFORMASI kita perlu mula menterjemahkan ciri-ciri pemimpin transformasi ini ke dalam diri kita sendiri.

Bentuk kepimpinan transformasi inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat, iaitu satu bentuk kepimpinan masa depan yang layak dan mampu diberi kepercayaan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dan seterusnya menggantikan kerajaan Barisan Nasional yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman ini.

Memimpin perubahan tranformasi mestilah berteraskan kepada asas-asas berikut:

• Keputusan dan tindakan yang diambil oleh pimpinan mestilah sentiasa berteraskan kepada prinsip perjuangan parti
• Sentiasa mendahulukan kepentingan parti dan kepentingan rakyat daripada kepentingan diri sendiri atau peribadi dalam apa sahaja tindakan
• Kesetiaan kita mestilah kepada prinsip perjuangan dan bukan kepada personaliti atau individu semata
• Melawan budaya politik wang sehabisnya serta memastikan bahawa politik wang tidak wujud sama sekali dalam amalan politik

CIRI PEMIMPIN TRANSFORMASI (Traits of a Transformational Leader )

Untuk berupaya memimpin perubahan serta juga membawa kearah pembaikan, ia memerlukan kecekalan yang tebal dan usaha berterusan dalam diri pemimpin. Di sini ada beberapa ciri pemimpin transformasi yang diperakui oleh ramai para cendikiawan serta para bijak pandai di dalam bidang kepemimpinan. Ciri ini juga dapat kita lihat di dalam diri pemimpin yang kita semua meletakkan harapkan untuk memimpin negara Malaysia keluar dari kemelut sekarang ini iaitu Saudara Anwar Ibrahim sendiri.

• Ada Visi – Kemampuan mewujudkan gambaran jelas masa depan dalam minda dan cukup bersemangat serta berdaya untuk membawa para ahli kearah visi tersebut. Ahli kemudiannya terangsang dan bermotivasi untuk berusaha kearah pencapaian visi tersebut
• Berwibawa dan Kredibel – Pemimpin mesti diyakini kejujurannya. Konsisten dalam tindakan serta konsisten juga didalam kata-katanya. Pemimpin juga tetap teguh dengan sikap amanahnya dan tidak berganjak dari prinsip yang didokonginya.
• Mengamalkan Musyawarah – Mendengar dan menghormati pandangan semua. Dimasa yang sama mampu juga untuk membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kekuatan hujah tidak berdasarkan persetujuan ramai semata.
• Mampu serta Tegas dalam membuat keputusan (decisive and firm)
• Menggunakan Kuasa dengan hikmah/bijak
• Komunikasi – Mempunyai kemahiran mendengar secara aktif; dan dapat menggunakan kemahiran tersebut dengan sebaiknya serta sentiasa memberikan maklum balas diatas pandangan orang disekelillingnya
• Menjadi Pembimbing kepada yang lain, serta membantu mereka mencapai potensi diri dengan cara meletakkan matlamat dan seterusnya membimbing orang lain untuk mencapai matlamat tersebut
• Sifat Kepedulian yang tinggi – Sentiasa mengambil berat hal ehwal persikataran, serta menjaga kebajikan orang ramai
• Mewujudkan Peluang dengan kesanggupan mengambil risiko – Mampu menggunakan segala sumber termasuk sumber modal insan dan seterusnya menggembeleng tenaga tersebut kesatu arah positif. Orang lain mungkin tidak memahami dan melihat tindakan ini sebagai sesuatu yang membahayakan kedudukan pemimpin tersebut. Perkara ini amat ketara di dalam amalan politik tradisi, akan tetapi pemimpin transformasi berani untuk membawa pembaharuan ini.
• Keyakinan Diri – Ialah perasaan dalam diri seseorang yang mampu untuk menjadikannya efektif. Keyakinan diri dalam pemimpin juga merupakan sumber kekuatan yang dapat menggerakkan tindakan dalam pengikut disekelillingnya
• Orientasi Pemberdayaan (empowerment) – Pemberdayaan membawa maksud memberikan kuasa atau daya kepada seseorang. Maka seseorang pemimpin yang mempunyai orientasi pemberdayaan sentiasa berusaha untuk mengajar orang lain menangkap ikan dan tidak semata-mata memberikan ikan kepada orang lain. Pemimpin ini juga mampu menyuntik motivasi dalam diri sendiri dan dalam diri orang lain untuk membantu mereka bertindak. Pemimpin transformasi juga mampu membuatkan orang lain menjadi efektif dan berkesan.
• Mewujudkan budaya organisasi dan budaya kerja baru – Seseorang pemimpin transformasi tidak teragak-agak untuk membentuk satu budaya kerja baru yang terpisah dari budaya lain yang menjadi amalan ramai sebelumnya. Pemimpin transformasi menunjuk arah tentang cara yang perlu diperbaiki dan diubah.
WANITA DALAM PROSES DEMOKRASI DAN MEMIMPIN TRANSFORMASI:-

Kini perjuangan memimpin perubahan melalui penegakan demokrasi tidak lagi dilihat sebagai domain atau bidang kaum lelaki. Institusi Parlimen diseluruh dunia yang diwakili didalam Inter Parliamentary Union (IPU) sewaktu menerima Deklarasi Sejagat berkenaan Demokrasi pada bulan September 1997 menegaskan bahawa di antara asas dan prinsip utama demokrasi adalah:
“Perhubungan rakan kongsi diantara lelaki dan wanita dengan mengamalkan cara kerja yang komplimentari didalam suasana kesaksamaan yang menjadi garis panduan dan asas kepada memperkayakan proses demokrasi setempat.”

(“The achievement of democracy presupposes a genuine partnership between men and women in the conduct of the affairs of the society in which they work in equality and complimentarily drawing mutual enrichment from their differences”)
(Universal Declaration on Democracy September 1997)
Tiada sesiapa pun terfikir pada satu masa dahulu bahawa penglibatan wanita di dalam politik akan merupakan satu kunci utama dalam menjayakan agenda demokrasi. Jadi bolehlah dirumuskan seterusnya bahawa tidak terlibatnya wanita didalam politik akan mewujudkan keadaan defisit dalam demokrasi. Ini merupakan pengiktirafan penting terhadap peranan dan sumbangan wanita di dalam proses demokrasi dan seterusnya penglibatan politik wanita dimana sahaja di dunia ini.

KEPIMPINAN WANITA DALAM ARENA POLITIK GLOBAL

Sepanjang 20 tahun yang lepas, rata-rata diseluruh dunia telah terjadi satu evolusi berkenaan penglibatan wanita dalam proses demokrasi dan penglibatan politik. Boleh dirumuskan bahawa evolusi ini melibatkan perubahan persepsi terhadap bentuk penglibatan wanita didalam politik; juga perubahan persepsi tentang kesan penglibatan tersebut, makna penglibatan tersebut kepada masyarakat, serta juga skop dan impak penglibatan wanita dalam politik keseluruhannya. Perubahan persepsi juga berlaku berkaitan teknik dan strategi membangunkan wanita yang terlibat didalam arena politik.

MENINGKAT SERTA MEMAJUKAN KEPIMPINAN WANITA DALAM PARTI

Sidang perwakilan dan pemerhati sekelian,
Selalunya apabila pimpinan parti diajukan soalan mengapakah tidak ada wanita yang menyerlah kepimpinan mereka serta aktif disatu-satu peringkat dalam parti, jawapan yang biasa diterima ialah bahawa tidak ada wanita yang bersedia untuk melibatkan diri. Hambatan yang dialami oleh kaum wanita dilaporkan berkisar disekitar isu dan permasalahan dalaman keluarga dan anak-anak serta juga berkisar disekitar isu tiada sokongan suami dan keluarga terdekat. Jawapan yang diberikan oleh pimpinan parti disemua peringkat seolah-olah meletakkan beban tanggungan penyelesaian segala masalah keatas wanita itu sendiri. Sekiranya pemikiran begini terus dominan, tentu sekali kita tidak akan dapat untuk memajukan kepimpinan wanita di dalam parti. Sedangkan disebalik jawapan yang diberikan tersebut menyerlahkan satu persoalan tentang bagaimana mungkin wanita melibatkan diri secara aktif sekiranya parti sendiri tidak menyediakan persekitaran yang sesuai bagi penglibatan wanita dan parti seharusnya komited kepada membantu serta membina penglibatan wanita?

Diserata dunia tidak banyak parti politik yang telah mewujudkan mekanisma untuk menambahkan penglibatan kaum wanita. Peluang bagi wanita untuk berjaya memberikan sumbangan yang bermakna didalam penglibatan politik banyak tertakluk kepada peringkat kesedaran di dalam parti, berkaitan tentang peranan wanita dalam proses demokrasi dan juga kesedaran hakikat bahawa wanita merupakan aset yang penting. Kesedaran ini merupakan keutamaan yang perlu diwujudkan terlebih dahulu dikalangan pendokong dan pemimpin didalam sesebuah parti politik terutamanya parti pembangkang seperti KeADILan, sebelum wanita boleh melibatkan diri dan menyerlahkan potensi kepimpinan dalam penglibatannya mereka.

MENGIMBANGI POLITIK DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA

Sidang perwakilan dan permerhati yang dikasihi,
Penglibatan dan kegiatan politik untuk memerdekakan rakyat dan negara dari kerakusan kuasa elit dan korupsi Barisan Nasional, telah sama-sama kita dokongi selama lapan tahun tepat pada hari ini. Perjuangan yang penuh dengan liku-liku ini telah menuntut kekentalan jiwa, kecekalan dan ketabahan hati, dedikasi yang tidak kunjung padam dan kerja keras yang sungguh-sungguh. Ianya juga menagih terlalu banyak masa untuk diluangkan demi menjayakan matlamat dan aktiviti parti. Tidak kurang juga perjuangan ini melibatkan sumber kewangan yang bukan sedikit yang perlu dikeluarkan dari poket sendiri untuk dilaburkan demi perjuangan dan masa depan negara. Melaksanakan semua ini tentu sekali melibatkan pengorbanan yang amat tinggi, kesusahan dan kesukaran yang amat pedih dan dimasa yang sama juga mampu menganggu gugat keharmonian kehidupan peribadi serta keluarga. Hakikat kepayahan perjuangan ini adalah diakui benar untuk kesemua para pejuang lelaki mahupun wanita. Namun bagi kaum wanita yang terlibat didalam politik, trauma yang kita semua hadapi tidak mungkin dapat difahami sepenuhnya oleh kaum lelaki serta pemimpin lelaki didalam parti.

Kita laungkan bahawa perjuangan kita adalah untuk masa depan negara dan untuk masa depan generasi akan datang. Tentu sekali didalam menjayakan matlamat ini kita tidak mampu untuk menggugat keharmonian keluarga serta juga kita tidak mampu untuk menggadaikan kesejahteraan perkembangan anak-anak kita Keadaan ini tentu sekali merupakan halangan yang paling utama dalam memaparkan kesukaran bagi wanita bergiat aktif dalam parti terutamanya wanita yang mempunyai anak yang masih kecil. Kemelut ini memerlukan penyelesaian yang wajar dan bijaksana dikalangan pimpinan parti disemua peringkat. Memandangkan peranan wanita terlalu penting dan juga penglibatan wanita amat diperlukan demi rakyat, demi anak dan cucu kita dan demi masa depan negara keseluruhanya, sesuatu yang konkrit mesti diajukan oleh kita semua sebagai jalan penyelesaian.

Kini diseluruh dunia, parti-parti politik telah mula menyedari hakikat ini dan telah mula berbuat sesuatu, walaupun kebanyakan usaha masih diperingkat awal. Mengimbangi tanggungjawab keluarga bagi aktivis wanita dalam parti boleh dipermudahkan sekiranya pimpinan parti serta ahli, menyelami permasalahan dengan penuh keprihatinan dan mengambil kira perspektif gender di dalam segala keputusan yang dibuat. Peluang bagi wanita bergiat aktif akan lebih terserlah apabila parti menyedari hakikat bahawa wanita merupakan aset parti dan bukan setakat penyeri semata. Parti harus berusaha untuk menyediakan prasarana dan wadah yang membantu meningkatkan penglibatan wanita, seterusnya berganjak dari pemikiran bahawa wanita ini adalah alat semata untuk menjadi petugas dan jentera demi mendapatkan sokongan orang ramai terhadap agenda perjuangan parti.

Justeru itu, saya berharap agar peluang meningkatkan penglibatan wanita di dalam parti akan menjadi lebih positif lagi sekiranya parti menunjukkan komitmen yang sungguh-sungguh dan menjadikan dimensi gender sebagai asas rujukan dalam membuat keputusan serta seterusnya mengimplementasi langkah berikut:

1. Mewujudkan satu badan atau komiti dengan mandat untuk memantau pelaksanaan terhadap kesaksamaan gender di dalam parti, serta juga untuk menilai polisi parti kearah agenda tersebut.
2. Mengorientasi Sayap Wanita parti supaya dapat memainkan peranan mempromosikan wawasan dan agenda wanita dan seterusnya memastikan wujud satu keadaan di mana parti mengukuhkan peranan dan sokongannya dalam agenda memajukan dan membangunkan potensi kepimpinan kaum wanita di dalam parti dan seterusnya di luar parti. Anjakan pemikiran ini akan melahirkan satu perubahan yang harus seterusnya dapat dijadikan budaya dalaman dan juga budaya kerja baru parti kita. Kepimpinan Sayap Wanita disemua peringkat mesti memastikan bahawa ahli wanita bukan semata-mata setakat memainkan peranan mengukuhkan sokongan ramai terhadap parti, tetapi merangkumi juga keadaan yang disebut di atas tadi.
3. Menilai polisi dan prosedur parti dan seterusnya memastikan kesaksamaan dari segi akses kaum lelaki dan wanita kepada kedudukan kepimpinan dalam parti disemua peringkat.

MEMBAWA PERSPEKTIF GENDER
Dengan keterlibatan wanita yang lebih bermakna dalam politik, akan wujud keadaan dimana perspektif dan dimensi gender merupakan input yang sentiasa diusahakan atau dicari, dalam membuat keputusan. Contoh yang mudah ialah keputusan mengadakan mesyuarat dengan mengambil kira waktu dan tempat mesyuarat yang sesuai, dan memudahkan untuk wanita hadir. Unjuran dari itu, input yang diberikan dari perspektif ini akan membantu wanita untuk menjadi lebih berkesan disamping menggalakkan lebih ramai lagi wanita untuk terlibat secara aktif.

MEMPERKUKUH ORGANISASI SAYAP WANITA

Membina kapasiti merupakan agenda utama didalam memperkukuhkan sayap wanita. Dengan mengisi keperluan membina kapasiti pemimpin dan ahli didalam sayap wanita kita boleh mengharapkan satu pergerakan yang benar-benar mantap dan seterusnya mampu memimpin wanita Malaysia kesatu arah yang dinantikan. Agenda ini juga memperkukuh agenda memertabatkan wanita dalam parti khususnya dan wanita di Malaysia amnya.

Setakat ini kita begitu jauh daripada mencapai apa yang diharapkan seperti yang digariskan didalam matlamat sayap WANITA dalam parti. Namun, usaha mestilah berterusan dan tidak mengenal erti penat atau lelah. Saya yakin satu hari nanti Wanita KeADILan akan sampai ketahap yang kita katakan pada hari ini. Berbekalkan tekad dan azam untuk sentiasa memperbaiki diri dalam mengikut acuan yang ditetapkan, saya doakan supaya para aktivis wanita dalam parti akan sentiasa mujahadah diri ke arah pembaikan dan perubahan.

MERENCANA PERSIAPAN PILIHAN RAYA

Memandangkan Pilihan Raya Umum ke12 diramal besar kemungkinan akan berlaku lebih awal, Wanita KeADILan meletakkan sasaran untuk menyiapkan persediaan jentera pilihanraya wanita sebelum pertengahan tahun 2007. Sekiranya Pilihan Raya berlaku selepas itu, maka ianya merupakan waktu bonus kepada kita. Apa pun bentuk gerak kerja kita, tidak boleh tidak, ianya mesti disiapkan sebelum waktu tersebut.
Berdasarkan sasaran tersebut, Wanita KeADILan Pusat telah menggariskan Agenda berikut bermula dari awal tahun 2006 sehinggalah pertengahan tahun 2007

1. Audit Kekuatan Dalaman Sayap Wanita (Januari – Mac 2006)
Dengan hanya mengambil rehat selama satu hujung minggu selepas Kongres Nasional 2005, Wanita Pusat telah pun turun padang ke negeri-negeri dan bahagian untuk melihat secara terus diakar umbi kekuatan sayap wanita di bahagian yang dilawati, terutamanya bahagian dimana parti berkemungkinan besar akan meletakkan calon untuk bertanding didalam Pilihan Raya yang ke12 ini. Perkara-perkara yang diaudit diantaranya ialah:

• Kewujudan struktur sayap wanita bahagian,
• Bilangan ahli yang aktif,
• Bentuk aktiviti yang mampu dianjurkan-dengan menilai samada wanita bahagian tersebut mampu menganjurkan aktiviti asas ataupun aktiviti tempelan sahaja.
• Kemampuan pimpinan parti dan pimpinan wanita dalam memobilisasi ahli wanita di bahagian tersebut.

2. Memperkemas struktur wanita dan menghidupkan sayap wanita bahagian (Januari – April 2006)

Hasil daripada maklumbalas latihan mengaudit ini, Kepimpinan Wanita Pusat memberikan bimbingan dan saranan secara terus kepada Kepimpinan Wanita Negeri berkenaan tatacara memperbaiki keadaan di bahagian tersebut. Matlamat dan sasaran yang ditetapkan juga dibincang bersama Ketua-Ketua Wanita Negeri dan matlamat tersebut seterusnya diperkukuhkan di dalam mesyuarat dan perbincangan EXCO Wanita Pusat.

3. Meletakkan sasaran 90 bahagian wanita yang bermesyuarat agung wanita bahagian MATWB dengan mengikuti syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh EXCO Wanita Pusat (Mei-July 2006)

Matlamat menjayakan MATWB dengan cukup syarat di satu-satu bahagian merupakan kayu ukur kepada kemampuan bahagian tersebut untuk mengerakkan sayap wanitanya. Objektif yang ditetapkan adalah realistik dan boleh diukur, bertepatan dengan jangka waktu yang telah ditetapkan. Sekiranya bahagian berjaya mengadakan MATWB, maka ternyata bahawa struktur wanita wujud dan juga membawa harapan bahawa bahagian tersebut mampu untuk menggerakkan jentera wanitanya sewaktu pilihanraya nanti.

Memandangkan bahawa cabaran terbesar bagi Parti KeADILan bertanding ialah disegmen tapak tengah iaitu di bahagian-bahagian campuran, dimana ini juga merupakan profil majoriti bahagian. Sasaran untuk diadakan MATWB berjumlah 90 bahagian ini mempamerkan jumlah bilangan yang perlu disiapkan untuk berhadapan dengan Pilihan Raya ke12 secara serius, sesuai dengan hasrat parti. Alhamdulillah pada tahun ini angka yang disasarkan tersebut telah pun di capai malah melebihi dimana sejumlah 92 wanita bahagian telah pun berjaya mengadakan MATWB dengan cukup syarat. Syabas dan tahniah kepada saudari semua.

Walaubagaimanapun jumlah 92 bahagian yang bermesyuarat ini tidaklah 100% mencerminkan bahagian yang ingin meletakkan calon didalam Pilihan Raya ke12 akan datang. Ada juga bahagian yang mahu bertanding tetapi masih gagal untuk menggerakkan struktur wanita di bahagian tersebut. Wanita KeADILan memandang serius akan perkara ini dan akan menyarankan secara tegas supaya bahagian yang gagal mengadakan MATWB tahun 2006, tidak diberikan keutamaan di dalam meletakkan calon sewaktu pilihanraya yang akan datang.

4. Melatih ahli jawatankuasa dan pemimpin akar umbi dengan ketrampilan kepimpinan (July – Oktober 2006)

Apabila wujud struktur di peringkat bahagian, barulah wajar untuk diteruskan ke langkah yang seterusnya iaitu menjalani latihan kepimpinan. Tujuan latihan ini ialah untuk melahirkan pemimpin wanita di peringkat bahagian yang diberdayakan, proaktif serta mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk bergerak sendiri, tidak lagi menunggu arahan. Dimasa yang sama juga, mereka mampu merentasi halangan persekitaran dan dalam diri demi mencapai hasrat serta matlamat perjuangan dan parti.

5. Menambah bilangan ahli dengan memberi tumpuan khas kepada penambahan ahli bukan melayu ( July – Disember 2006)

Jentera yang kuat untuk berhadapan dengan jentera Barisan Nasional yang menggunakan seluruh Institusi Kerajaan memerlukan strategi, kemahiran gerak kerja dan juga faktor yang amat penting ialah bilangan jentera yang terlibat. Justeru itu amat penting sekali untuk mengiktiraf bahawa perlu ada jentera petugas wanita disetiap saluran dalam daerah mengundi. Kempen penambahan ahli dipergiatkan diseluruh peringkat untuk mengisi keperluan tersebut dengan menggunakan pelbagai taktik. Antaranya ialah: (i) Anugerah khas untuk bahagian yang mencatatkan paling ramai bilangan penambahan ahli didalam satu jangka waktu, (ii) Anugerah bagi negeri yang mencatatkan paling ramai penambahan ahli bukan melayu, dan (iii) Anugerah kepada negeri yang berjaya memobilisasikan peratus paling tinggi wanita perwakilan ke Kongres tahun ini.

Sebagai fokus tambahan, untuk menekankan kepentingan kepada objektif ini, Wanita KeADILan pada hari ini akan melancarkan KEMPEN 1 + 1 (SATU TAMBAH SATU) dimana setiap ahli digesa untuk membawa satu ahli baru setiap bulan dan proses ini pula disarankan untuk berjalan secara berterusan disetiap peringkat dalam parti.

6. Memperkukuh Gerak Kerja Wanita BA (November / Disember 2006)
Telah dipersetujui bersama diantara pimpinan Wanita BA untuk mengadakan satu Konvensyen Pimpinan Wanita BA selewat-lewatnya Disember 2006 dengan tujuan dan matlamat untuk memperkukuhkan gerak kerja Pilihanraya di peringkat akar umbi. Amatlah penting supaya matlamat yang telah ditetapkan ini diusahakan dengan sungguh-sungguh, dimana ianya juga merupakan hasrat pimpinan dalam kedua-dua parti, supaya jentera Wanita BA disemua peringkat memulakan kerjasama dan belajar memahami cara kerja satu sama lain bermula daripada SEKARANG. Aktiviti turun padang menemui pengundi harus juga mencerminkan aplikasi kepada kerjasama yang telah dijanakan.

7. Jentera Wanita di Latih ( Oktober – Februari 2007)
Bilangan yang ramai sahaja tidak memadai sekiranya tidak di susuli dengan kemahiran gerak kerja pilhanraya yang dapat menjanjikan tindakan yang tepat dan berkesan. Wanita KeADILan Pusat komited untuk mengadakan ‘Training of Trainers’ (TOT) selepas Kongres ini khusus untuk agenda ini dimana para jurulatih akan dikumpul dan akan melalui TOT untuk modul gerak kerja rayu undi yang dijangkan akan dapat memainkan peranan komplementari kepada SISMEP12 (Sistem Menang Pilihanraya ke12)

8. Gerak Kerja yang berasaskan strategi, sistematik, tersusun dan bersepadu (September – July 2007)

Persediaan diperingkat bahagian berpandukan kepada taklimat yang telah diterima daripada Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JKPRP), dan juga berpandukan data-data yang telah diperolehi oleh bahagian daripada SISMEP12 mestilah digunakan untuk menyusun gerak kerja segera diperingkat bawah iaitu diperingkat saluran dan daerah mengundi. Juga dengan berpandukan asakan serta tindakan yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan disetiap peringkat melalui bengkel strategi Menjana Tenaga Kemenangan (MTK) yang kemudiannya di sokong pula dengan skil set yang akan di isi oleh WANITA nanti, maka kita menganggarkan satu perancangan gerak kerja yang berstrategi, sistematik, tersusun, dan juga bersepadu. Untuk menang dalam pilihanraya, kita tidak mampu lagi untuk berterusan bekerja cara lama. Juga untuk menang dalam Pilihanraya yang akan datang kita perlu mendisiplinkan diri untuk melaksanakan segala tindakan diperingkat saluran seperti yang telah ditaklimatkan oleh JKPRP kepada 5 buah negeri setakat ini. Yang paling utama sekali, struktur wanita diperingkat bahagian mestilah mengembangkan sayapnya serta memastikan bahawa wujud jentera wanita diperingkat saluran untuk mengimplementasikan gerakkerja yang telah ditaklimatkan. Saya percaya Wanita di bahagian-bahagian yang telah berjaya malaksanakan MATWB mampu dan berdaya untuk menjayakan objektif mewujudkan jentera diperingkat saluran ini.

9. BERSEDIA MENGHADAPI PILIHANRAYA
Para sidang perwakilan dan pemerhati yang dikasihi,
Andaikata kesemua bahagian yang bercadang meletakkan calon untuk bertanding melaksanakan pelan tindakan diatas dengan sistematik dan penuh disiplin, nescaya ianya akan membuahkan satu hasil yang positif. Masa yang diperuntukkan selama 11 bulan bermula dari sekarang sehinggalah ke penghujung bulan Julai tahun 2007 merupakan jangka masa yang sangat realistik untuk kita laksanakan perancangan kita. Sekiranya kita benar-benar inginkan kemenangan, tidak ada alasan lagi yang wajar kita berikan. Walau apapun masalah yang kita hadapi, ianya mesti diatasi dan kita mestilah tidak membenarkan masalah tersebut untuk menjadi penghalang kepada kejayaan kita.

BERTINDAK, BERTINDAK dan BERTINDAK. Itulah seharusnya slogan yang kita pegang mulai SEKARANG

Ayuhlah para pejuang keadilan sekelian, marilah kita bergerak cergas menterjemahkan hasrat kita untuk perubahan dengan menyusun gerakkerja kearah kemenangan pilihanaraya supaya dengan itu nanti, agar dapat kita lihat terlaksananya perubahan yang kita semua impi-impikan.

MEMASTIKAN KEJAYAAN PELAKSANAAN

Memandangkan gerakkerja dan tindakan yang perlu dilakukan diatas memerlukan komitmen yang tinggi serta juga sumber kewangan yang memadai, saya akui bahawa untuk melaksanakan tindakan-tindakan tersebut bukan lah merupakan sesuatu yang mudah. Malah ada juga pemimpin diperingkat negeri mahupun bahagian yang telah mengangkat tangan tanda menyerah kalah diawal-awal lagi, dek kerana tidak tertahan dengan tekanan untuk menjayakan objektif yang telah diputuskan diperingkat pusat. Malah ada juga segelintir pemimpin yang sanggup memberikan maklumat yang tidak tepat semata-mata kerana tidak sanggup berhadapan dengan realiti kegagalan mencapai matlamat yang ditetapkan. Saya ingin mengingatkan kita disini bahawa kita hanya akan menipu parti dan menipu perjuangan sekiranya kita berbuat demikian. Wahai penegak kebenaran dan keadilan, marilah kita berlaku adil didalam segala tindakan dan tingkahlaku kita!

Saya juga dapati bahawa ramai diantara kita cukup selesa dan complacent dengan cara kerja ala kadar. Alasan yang diberikan selalunya ialah kita bekerja secara sukarela didalam parti, maka tidak wajarlah sekiranya pimpinan mahu meletakkan matlamat yang tidak mampu mereka laksanakan. Segelintir mereka juga mengatakan bahawa mereka mempunyai keterbatasan tertentu yang tidak dapat mereka atasi yang mesti diterima dan diiktiraf oleh pimpinan parti. Kepada mereka yang berfikiran demikian, ingin saya panjangkan disini, kalimat daripada penasihat parti kita yang patut dibuat pedoman.

Kata-katanya lebih kurang berbunyi begini; ‘Sekiranya kamu sudah tidak mampu untuk mendayung perahu, maka berikanlah pendayung ditangan kamu tersebut kepada orang yang lebih mampu dan lebih berupaya. Seterusnya, janganlah pula kamu meninggalkan perahu, akan tetapi jadilah teman setia kepada sipendayung yang baru itu……….’

ALIRAN TINDAKAN KEARAH MENGHADAPI PILIHANRAYA
(Januari 2006- July 2007)

AUDIT DALAMAN

MEMPERKEMAS STRUKTUR WANITA/MELETAKKAN SASARAN WANITA BAHAGIAN AKTIF

LATIH PEMIMPIN WANITA

TAMBAH BILANGAN AHLI

AHLI YANG MENCUKUPI SEBAGAI JENTERA YANG DILATIH

GERAK KERJA PILIHANRAYA

 

BERSEDIA MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM KE 12
(July 2007)

 

AKHIR BICARA

Sidang Hadirin Teman Seperjuangan Sekelian,
Sebagai mengakhiri pembentangan ucapan dasar saya ini, izinkan saya mengajak seluruh hadirin untuk mengambil semangat dari Kongres ini bagi meningkatkan kesungguhan dan keikhlasan kerja kita di dalam pelaksanaan kerja-kerja parti. Perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran di bumi yang tercinta ini memerlukan komitmen yang tinggi, berterusan, serta daya juang yang tidak kunjung padam. Selagi nyawa dikandung badan, perjuangan yang tulus dan ikhlas menuntut pengorbanan yang berterusan. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kita, akan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi kita untuk meneruskan agenda menegakkan keadilan kemudiannya nanti. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kita ini juga akan mengangkat kita untuk terus berjuang sehingga ke saat-saat terakhir hayat kita. Samada kita sempat melihat matlamat perjuangan kita tercapai sewaktu hidup kita ataupun tidak, merupakan perkara kedua kerana yang utamanya ialah kita telah melakukan segala yang termampu oleh kita dengan cara yang terbaik oleh kita demi pencapaian matlamat menegakkan keadilan di negara tercinta ini. Semoga Allah SWT redha dengan segala usaha kita dan menjadikannya sebagai amalan soleh buat bekalan kita di akhirat kelak.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa kerja Kongres Wanita 2006. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada Wanita Pulau Pinang yang telah bekerja bertungkus lumus sebagai hos kepada Kongres kita pada tahun ini.

Kerja kuat kalian amat dihargai dan ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga dari saya dan seluruh EXCO Wanita Keadilan buat anda sekelian.

Terima Kasih sekali lagi, Selamat Berjuang dan Selamat BerKongres!
Wassalammualaikum WarahmatulLahi Wabarakatuh

Hajjah Fuziah Salleh
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat
16 Ogos 2006


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.